Monday 2 May 2011

Keputusan Pertandingan Menembak M-16 Saringan Akhir di Padang Sasar, Sungai Siput,Perak

Pada hari Sabtu - 23 April 2011 telah berlangsung pertandingan menembak M-16 Kor Kadet Polis (saringan akhir) di Padang Sasar, Sungai Siput,Perak. Seorang pelajar SMKDWAR telah terpilih untuk mewakili sekolah iaitu Aida Adlina Bt. Zakaria dari kelas 5VT. Pertandingan kali ini adalah untuk memilih lima penembak terbaik bagi kategori kadet polis lelaki dan perempuan. Dalam pertandingan ini wakil sekolah SMKDWAR tidak terpilih. Diharap pada tahun-tahun yang akan datang Kadet Polis SMKDWAR berjaya memenangi pertandingan seumpama ini. 


Aida Adlina Bt. Zakaria menembak dalam posisi meniarap dan juga duduk

Pada hari itu juga telah diumumkan keputusan akhir Pertandingan Menembak M-16 Kadet Polis Kor Kadet Polis LMS. Berikut adalah Keputusan Akhir Pertandingan Menembak M-16 Kor Kadet Polis Larut Matang dan Selama.


Kategori (Berkumpulan) Kadet Polis Lelaki 
Johan - Maktab Rendah Sains MARA (292 mata)
Naib Johan - SMK Dato' Kamaruddin (208 mata)
Ketiga - SMK Bukit Jana (195 mata)

Kategori (Berkumpulan) Kadet Polis Perempuan
Johan - Maktab Rendah Sains MARA (196 mata)
Naib Johan - SERATAS (128 mata)
Ketiga - SMK Pengkalan Aur (114 mata)




Keputusan pertandingan akhir tidak memihak kepada SMKDWAR. Walau bagaimana pun markah keseluruhan yang berjaya dikumpul adalah seperti berikut. 
Kadet Polis Lelaki SMKDWAR (Berkumpulan) berjaya mengumpul 106 mata  
Kadet Polis Perempuan SMKDWAR (Berkumpulan) berjaya mengumpul 66 mata


" Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain bersama
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya "


No comments:

Post a Comment