Monday 2 May 2011

Keputusan Pertandingan Menembak M-16 Saringan Akhir di Padang Sasar, Sungai Siput,Perak

Pada hari Sabtu - 23 April 2011 telah berlangsung pertandingan menembak M-16 Kor Kadet Polis (saringan akhir) di Padang Sasar, Sungai Siput,Perak. Seorang pelajar SMKDWAR telah terpilih untuk mewakili sekolah iaitu Aida Adlina Bt. Zakaria dari kelas 5VT. Pertandingan kali ini adalah untuk memilih lima penembak terbaik bagi kategori kadet polis lelaki dan perempuan. Dalam pertandingan ini wakil sekolah SMKDWAR tidak terpilih. Diharap pada tahun-tahun yang akan datang Kadet Polis SMKDWAR berjaya memenangi pertandingan seumpama ini. 


Aida Adlina Bt. Zakaria menembak dalam posisi meniarap dan juga duduk

Pada hari itu juga telah diumumkan keputusan akhir Pertandingan Menembak M-16 Kadet Polis Kor Kadet Polis LMS. Berikut adalah Keputusan Akhir Pertandingan Menembak M-16 Kor Kadet Polis Larut Matang dan Selama.


Kategori (Berkumpulan) Kadet Polis Lelaki 
Johan - Maktab Rendah Sains MARA (292 mata)
Naib Johan - SMK Dato' Kamaruddin (208 mata)
Ketiga - SMK Bukit Jana (195 mata)

Kategori (Berkumpulan) Kadet Polis Perempuan
Johan - Maktab Rendah Sains MARA (196 mata)
Naib Johan - SERATAS (128 mata)
Ketiga - SMK Pengkalan Aur (114 mata)




Keputusan pertandingan akhir tidak memihak kepada SMKDWAR. Walau bagaimana pun markah keseluruhan yang berjaya dikumpul adalah seperti berikut. 
Kadet Polis Lelaki SMKDWAR (Berkumpulan) berjaya mengumpul 106 mata  
Kadet Polis Perempuan SMKDWAR (Berkumpulan) berjaya mengumpul 66 mata


" Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain bersama
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya "


Thursday 14 April 2011

Jadual Latihan Kawad Kaki Kadet Polis SMKDWAR

Latihan kawad kaki akan diperhebatkan lagi memandangkan tarikh pertandingan sudah semakin hampir. Berikut adalah jadual latihan dan guru yang bertugas mengawasi latihan pelajar pada sebelah pagi dan petang. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Isnin - 25 April 2011(Ptg) Pn. Zarina Bt. Mohamad Yusuf (2.40 - 4.30 ptg)
Selasa  - 26 April 2011 (Ptg) Pn. Syirleen Adlyna Bt. Othman (2.40 -4.30 ptg)
Rabu - 27 April 2011 (Ptg) Pn. Nor Mazuin Bt Mohamed Asmayatim (2.40 - 4.30 ptg)
Khamis - 28 April 2011 (Ptg) Pn. Hamidah Bt. Ayob (2.40 - 4.30 ptg)
Jumaat - 29 April 2011 (Ptg)  Cik Amelda Natrah Bt. Farid Kamil  (3.00 - 4.30 ptg)
Sabtu - 30 April 2011 (Pagi) Pn. Zarina Bt. Mohamad Yusuf (8.30 - 11.00 pg)
Isnin - 2 Mei 2011 CUTI HARI BURUH

Selasa  - 3 Mei 2011 (Ptg)  En. Mohamad Yusnizam B. Mohamad Yusof (2.40 -4.30 ptg)
Rabu - 4 Mei 2011 (Ptg) Pn. Syirleen Adlyna Bt. Othman  (2.40 - 4.30 ptg)
Khamis - 5 Mei 2011 (Ptg) Pn. Nor Mazuin Bt Mohamed Asmayatim (2.40 - 4.30 ptg)
Jumaat - 6 Mei 2011 (Ptg)  Cik Amelda Natrah Bt. Farid Kamil  (3.00 - 4.30 ptg)
Sabtu - 7 Mei 2011 HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKDWAR

Isnin - 9 Mei 2011 (Ptg) Pn. Hamidah Bt. Ayob (2.40 - 4.30 ptg)
Selasa  - 10 Mei 2011 (Ptg)  Pn. Syirleen Adlyna Bt. Othman (2.40 -4.30 ptg)
Rabu - 11 Mei 2011 (Ptg) En. Mohamad Yusnizam B. Mohamad Yusof (2.00 - 4.30 ptg)
Khamis - 12 Mei 2011 (Ptg) Pn. Nor Mazuin Bt Mohamed Asmayatim (2.40 - 4.30 ptg)
Jumaat - 13 Mei 2011 (Ptg)  En. Mohamad Yusnizam B. Mohamad Yusof  (3.00 - 4.30 ptg)
Sabtu - 14 Mei 2011 (Pagi) Pn. Zarina Bt. Mohamad Yusuf (8.30 - 11.00 pg)

Isnin - 16 Mei 2011 (Ptg) Cik Amelda Natrah Bt. Farid Kamil  (2.40 - 4.30 ptg)
Selasa  - 17 Mei 2011 (Ptg) En. Mohamad Yusnizam B. Mohamad Yusof (2.00 -4.30 ptg)
Rabu - 18 Mei 2011 (Ptg)  Pn. Hamidah Bt. Ayob (2.00 - 4.30 ptg)
Khamis - 19 Mei 2011 (Ptg) Pn. Syirleen Adlyna Bt. Othman (2.40 - 4.30 ptg)
Jumaat - 20 Mei 2011 (Ptg) Pn. Nor Mazuin Bt Mohamed Asmayatim (3.00 - 4.30 ptg)

Perhatian : Guru kadet dan ahli kawad kaki Kor Kadet Polis (Perempuan) yang terlibat adalah diharapkan dapat mematuhi jadual ini.


Terima Kasih.

Tuesday 12 April 2011

Carta Organisasi Kadet Polis SMKDWAR 2011

Penaung              : Tn. Haji Hamzah B. Yusof
Guru Penasihat    : 
                               1. Pn. Hamidah Bt. Ayob
                               2. Cik Amelda Natrah Bt. Farid Kamil
                               3. Pn. Nor Mazuin Bt. Mohamed Asmayatim
                               4. Pn. Syirleen Adlyna Bt. Othman
                               5. En. Mohamad Yusnizam B. Mohamad Yusof
Pengerusi            : Mohamad Fakharullah B. Nazib (5VT)
Naib Pengerusi    : Muhammad Shahrul Nizam B. Abd Wahab (5VT)
Setiausaha           : Shafawani Najla Bt. Mohammad Nasir (5SN)
Naib Setiausaha   : Muhamad Nizam B. Muhamad Sahidi (5VT)
Bendahari            : Noor Aina Bt. Abdul Rahman (5SN)
AJK Tingkatan 1  : Ismail B. Hashim (1D)
AJK Tingkatan 2  : Amirul Syafiq B. Saridan (2A)  
AJK Tingkatan 3  : Nurul Suhana Bt. Othman (3A)
AJK Tingkatan 4  : Muhammad Ridhwan B. Zamri (4SN)
AJK Tingkatan 5  : Aida Adlina Bt. Zakaria (5VT)              

Sunday 27 March 2011

Latihan Menenbak M16 pada 11 April 2011 di SMK Tat Beang.

Pada 11 April 2011 seramai 30 ahli Kadet Polis lelaki dan perempuan yang terpilih telah menghadiri Latihan Amali Menembak M16 bagi tahun 2011 di SMK Tat Beang. Latihan ini adalah persediaan bagi pertandingan menembak M16 yang dijadualkan berlangsung pada 21 April 2011 bertempat di Lapang Sasar Sungai Siput,Perak. Hanya 10 ahli Kadet Polis lelaki dan 10 ahli Kadet Polis perempuan dipilih untuk pertandingan tersebut. 





Berikut adalah senarai nama ahli Kadet Polis yang terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan tersebut.


Kategori Lelaki
1. Muhammad Suhaimi B. Ismail (5VT)
2. Mohamad Fakrullah B. Nazib (5VT)
3. Mohamad Shahrul Nizam B. Mohd Wahab (5VT)
4. Mohamad Syaiful Nizam B. Mohd Hasan (5VT)
5. Mohd Nizam Azril (5KM)
6. Noor Idhuan B. Mat Hashim (5KM)
7. Mohd Ekram B.Ghazali (5KS)
8. Khairul Amirin B. Ghazali (5ER)
9. Mohamad Mokhrez B. Adnan (4VT)
10. Zubir B. Azmi (4VT)

Kategori Perempuan
1. Aliyah Amirrah Bt.Rosli (5VT)
2. Aida Adlina Bt. Zakaria (5VT)
3. Noor Aina Bt. Abdul Rahman (5SN)
4. Shafawani Najla Bt. Mohammad Nasir (5SN)
5. Siti Norasikin Bt. Mohd Nazri (5KM)
6. Nor Hafezah Bt. Mohd Shafie (5EA)
7. Norain Bt. Meswan (5EA)
8. Nur Syazreen Anis Bt. Samsuddin (4EA)
9. Nor Adela Bt. Razak (4EA)
10. Siti Rohani Bt. Mat Tajuddin (5ER)

Uniform Kadet Polis Sekolah

Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut: sepasang kasut hitam, sepasang sarung kaki hitam, beret,lencana beret berpelapik biru,tali pinggang biru tua,rantai kocek (land yard),wisel,sepasang lencana bahu dan sepasang lencana kolar.


     Tatacara pemakaian uniform dan lencana-lencana ahli Kadet Polis.
    Baju - Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi ahli Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang. Baju berwarna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.
    Seluar panjang - Seluar panjang berwarna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.

    Beret polis - Semua ahli pasukan kadet polis dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.Kadet wanita dibenarkan memakai tudung kepala berwarna baju sebagai pilihan. Pemakaiannya mestilah kemas dan bahagian bawah tudung hendaklah dimasukan ke dalam baju.

    Lencana Polis - Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret dengan dilapik dengan pelapik biru muda (turquoise).

    Lencana Bahu - Lencana bahu kain berwarna biru muda yang bertulis warna putih 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu baju kanan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan anggota kadet.

    Tali pinggang - Tali pinggang nilon berwarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlambang Polis Diraja Malaysia.

    Butang Baju - Butang plastik warna baju berukuran sedang bagi APR/anggota dan butang logam bagi pegaai kanan.

    Kasut - Kasut potong kulit bertali berwarna hitam.

    Wisel - Wisel sama seperti bentuk wisel polis.

    Sarung kaki - Sarung kaki nilon berwarna hitam.

    Apulet - Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam.

    Lencana Kolar - Dipakai dihujung kolar baju nan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan ahli kadet.

    Lencana Pangkat - Struktur dan bentuk pangkat bagi Pegawai Kanan Kadet sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagai Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

    Lencana Sekolah - Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.

    Tanda Nama - Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.

    Mafla - Mafla atau Penutup leher berwarna muda hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan.
    Reben - Pegawai dan anggota kadet dibenarkan memakai reben mengikut warna tahap kelulusan ujian yang telah ditetapkan di atas poket baju sebelah kiri.

    Visi dan Misi

    Visi

    Pasukan Kadet Polis
    SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi
    sebagai sebuah unit yang berintegriti,
    kompeten dan komited
    menjelang tahun 2014.

    Misi

    Menjana murid-murid dari segi sosial, emosi, 
    moral, mental, fizikal, sikap tanggungjawab 
    serta mempunyai kualiti kepimpinan melalui 
    kecemerlangan kokurikulum.


    Lirik Lagu Rasmi Kadet Polis

    Polis Sedia Berkhidmat

    Polis Sedia Berkhidmat
    Kerna Negeri dan Rakyat
    Hidup berbahagia
    Aman sentosa
    Polis Sedia Berkhidmat (2X)

    Tanda lekat di lengan
    Polis dengan Pereman
    Tangan bersalaman
    Alamat Persahabatan

    Polis sedia berkhidmat
    Kerna Negeri dan Rakyat
    Hidup Berbahagia
    Aman Sentosa
    Polis Sedia Berkhidmat

    Sang Saka Biru

    Berkibar sang saka biru
    Gagah sentiasa
    Pusaka polis Diraja
    Inilah azimat kita

    Lakar Biru warna mulia
    Lambang setia kepada negara
    Obor bakti penggerak jiwa
    Nusa bangsa dijaga

    Sang saka biru bendera kita
    Berkibar setiap masa
    Bersatu Semua
    Aman jaya negara