Sunday 27 March 2011

Uniform Kadet Polis Sekolah

Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut: sepasang kasut hitam, sepasang sarung kaki hitam, beret,lencana beret berpelapik biru,tali pinggang biru tua,rantai kocek (land yard),wisel,sepasang lencana bahu dan sepasang lencana kolar.


     Tatacara pemakaian uniform dan lencana-lencana ahli Kadet Polis.
    Baju - Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi ahli Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang. Baju berwarna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.
    Seluar panjang - Seluar panjang berwarna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.

    Beret polis - Semua ahli pasukan kadet polis dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.Kadet wanita dibenarkan memakai tudung kepala berwarna baju sebagai pilihan. Pemakaiannya mestilah kemas dan bahagian bawah tudung hendaklah dimasukan ke dalam baju.

    Lencana Polis - Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret dengan dilapik dengan pelapik biru muda (turquoise).

    Lencana Bahu - Lencana bahu kain berwarna biru muda yang bertulis warna putih 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu baju kanan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan anggota kadet.

    Tali pinggang - Tali pinggang nilon berwarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlambang Polis Diraja Malaysia.

    Butang Baju - Butang plastik warna baju berukuran sedang bagi APR/anggota dan butang logam bagi pegaai kanan.

    Kasut - Kasut potong kulit bertali berwarna hitam.

    Wisel - Wisel sama seperti bentuk wisel polis.

    Sarung kaki - Sarung kaki nilon berwarna hitam.

    Apulet - Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam.

    Lencana Kolar - Dipakai dihujung kolar baju nan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan ahli kadet.

    Lencana Pangkat - Struktur dan bentuk pangkat bagi Pegawai Kanan Kadet sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagai Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

    Lencana Sekolah - Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.

    Tanda Nama - Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.

    Mafla - Mafla atau Penutup leher berwarna muda hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan.
    Reben - Pegawai dan anggota kadet dibenarkan memakai reben mengikut warna tahap kelulusan ujian yang telah ditetapkan di atas poket baju sebelah kiri.

    No comments:

    Post a Comment